Wanita Ini Meroyan Di Facebook Disuruh Pakai Kain Sarung Oleh Kakitangan JPJ


"Apa nak jadi dengan negara ini?"

Demikian soalan yang terpacul dari mulut seorang wanita cina berusia lingkungan 40'an ini yang tidak berpuas hati dengan tindakan kakitangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengarahkannya memakai kain sarung.

"Saya terpaksa pergi ke JPJ untuk menandatangan pertukaran hak milik kenderaan yang telah saya jual. Itu sudah menyusahkan saya.

"Saya berpakaian seperti ini ke pejabat JPJ (gambar pertama).

"Ketika mengambil nombor giliran di kaunter, mereka mengarahkan saya memakai kain sarung dan jika enggan, mereka tidak akan menjalankan sebarang urusan dengan saya.

"Jadi, beginilah saya memakai kain sarung (gambar kedua) hanya untuk duduk di depan kaunter urusan JPJ yang mana mereka hanya nampak bahagian pinggang ke atas badan saya.

"Saya tidak pasti sama ada saya mahu ketawa atau menangis bilamana berhadapan dengan insiden seperti ini. 

"Kepada rakan-rakan wanita yang memiliki kereta, sila ambil maklum ya," katanya dalam kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook.




Berdasarkan pada kenyataan wanita bernama Suzanne G L Tan ini, amat jelas sekali bahawa dia tidak mengetahu etika pakaian apabila berurusan dengan mana-mana pejabat kerajaan.


Adalah ditetapkan bahawa mana-mana orang awam yang berurusan dengan kerajaan haruslah berpakaian kemas dan tidak mencolok mata sehingga boleh mendatangkan ketidak-selesaan kepada kakitangan awam ataupun orang awam.

Sudah dijelaskan di setiap pintu pejabat (kerajaan negeri, Sabah dan Sarawak) akan gambar etika pemakaian yang sesuai bilamana memasuki kawasan pejabat kerajaan.

Pejabat kerajaan bukanlah tempat untuk mana-mana orang berpakaian seperti hendak tidur, pergi club ataupun berjalan-jalan di tepi pantai. Jadi, ini adalah peraturan yang sangat mudah dan tidak perlu dicanangkan di media sosial semata-mata ingin memenangi rasa tidak puas hati dengan pihak kerajaan. 

Nota kaki: Pakai sarung okay lagi. kalau JPJ suruh pakai tuala?

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Wanita Ini Meroyan Di Facebook Disuruh Pakai Kain Sarung Oleh Kakitangan JPJ"

Posting Komentar