Jokowi Berikan Hadiah Buat Rakyat Indonesia Sempena Hari Raya Aidilfitri


JAKARTA: Presiden Indonesia, Joko Widodo memberikan hadiah istimewa untuk rakyatnya sempena Hari Raya Aidilfitri yang akan datang.

Hadiah tersebut adalah penurunan semua kadar tol lebuh raya di negara tersebut.

Memetik laporan dari Merdeka.com, langkah itu diambil oleh Jokowi supaya dapat meringankan beban rakyat Indonesia sempena Aidilfitri ini.

Menurut portal tersebut, kadar penurun tol mungkin akan bermula 10 hari atau 15 hari selepas hari lebaran.

"Pengurangan tol sebanyak 25 hingga 35 peratus," kata Presiden Indonesia itu.

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Jokowi Berikan Hadiah Buat Rakyat Indonesia Sempena Hari Raya Aidilfitri"

Posting Komentar