SEBARKAN: Berhati-Hati Jika Anda Membeli Di Tesco Atau Bakal Ditipu


Semalam saya pergi ke Tesco Setia Alam. Ternampak harga display bed sheet ada potongan dari RM123.90 to RM27.90.

Tetapi selepas pembayaran di kaunter diperiksa resit didapati harga yang dikenakan ialah RM123.90.

Kemudian saya pergi ke kaunter perkhidmatan pelanggan untuk meminta harga potongan tetapi ditolak dengan alasan telah tamat tempoh promosi.

Saya tidak puashati kerana itu adalah kecuaian pihak Tesco.

Sekiranya telah tamat tempoh harga potongan mesti dikeluarkan serta merta kerana jika tidak ini mengelirukan pengguna.

Selepas itu saya minta tuntut pengembalian wang.

Kali ini juga ditolak kerana alasan menggunakan kad debit.
Duty Manager Nizam kata Tesco mesti hantar repot ke bank terminal dan ambil masa 2 minggu untuk proses kredit ke akaun bank saya.

Saya amat tidak puas hati.

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "SEBARKAN: Berhati-Hati Jika Anda Membeli Di Tesco Atau Bakal Ditipu"

Posting Komentar