Elizabeth Tan Diserang Dan Diugut Untuk Saman Oleh Peminat Tegar K-Pop


Memang tak dapat dinafikan lagi bahawa Malaysia antara negara yang mempunyai bilangan peminat K-Pop yang cukup ramai. Setiap kali mana-mana kumpulan K-Pop datang ke Malaysia, pasti akan ada yang ‘histeria’ dibuatnya.

Terbaru penyanyi jelita Elizabeth Tan diserang peminat fanatik Super Junior gara-gara menggunakan nama fan club yang menyerupai kumpulan terbabit. Wah sampai macam itu sekali ye? 

ELF Untuk Super Junior


Dah menjadi satu trend setiap artis pasti mempunyai fan club yang tersendiri dan tidak terkecuali Elizabeth Tan. Jadi Elizabeth Tan menggunakan ELF sebagai nama fan club nya.

Mungkin dek kerana pengetahuan yang kurang tentang semua ini, Instagram Elizabeth Tan menjadi sasaran peminat kumpulan Super Junior yang mendakwa ELF (Everlasting Friends) merupakan fandom bagi Super Junior sejak 2006.

Faham-faham jela macam mana peminat K-Pop ini kan, mereka punya fanatik itu lain macam sikit.

Elizabeth Tan Bakal Disaman?


Tambah beberapa peminat Super Junior terbabit, Elizabeth Tan bakal berdepan tindakan undang-undang sekiranya hal ini mendapat perhatian S.M. Entertainment yang merupakan syarikat naungan Super Junior.


Iyalah nama ELF tersebut didaftarkan jadi hanya mereka yang boleh menggunakan gelaran tersebut. Tambah peminat Super Junior lagi, hali ini pasti bertambah panas sekiranya ELF dari negera lain tahu. Boleh bawa gaduh.

Banyak lagi komen-komen tidak puas hati peminat Super Junior sampai kami pun tak larat nak baca.

Tukar Nama Fan Club


Korang.. I'm very tired (as u can see from my eye bags lol.) And I baru balik rumah and baca semua komen2 pasal nama ELF ni, so sorry sbb lambat response.

1. Bukan I yg namakan club ni ELF, tp I terima nama ni sebab pada masa tu I pun tak tahu ada club lain yg dah guna nama ni.

2. Kalau perkara ni menyakitkan hati sngt kpd fans super junior, I akan dpt admin club utk tukar nama ke Elfians instead of Elf.

3. Tak payah nak mencarut semua dekat sini, kpd semua yg support club I saya ucapkan terima kasih, dan kpd semua yg support club super junior, saya minta maaf.

Goodnight semua.

Tidak mahu isu ini terus dipanjangkan, Elizabeth Tan bagaimanapun tampil memberikan penjelasan. Menurut Elizabeth Tan, dirinya tidak mengetahui tentang ELF Super Junior ini.

Buat peminat Suer Junior jangan risau sebab Elizabeth Tan akan menukar nama fan club miliknya.

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Elizabeth Tan Diserang Dan Diugut Untuk Saman Oleh Peminat Tegar K-Pop"

Posting Komentar