Remy Ishak dan Shuib Sepahtu Bergaduh di Lokasi Penggambaran?


KL, 12 Jun 2015: Kami mendapat tahu yang aktor Remy Ishak dan pelawak Shuib Sepahtu telah dipilih untuk membintangi drama bersiri Mail & Sudin Sambut Ramadan yang akan ditayangkan di Astro Oasis (Saluran 106) dan Maya HD (saluran 135) bermula 15 Jun ini.

Tapi yang tak berapa enaknya, sepanjang di lokasi penggambaran, kedua-dua mereka sentiasa panas bila digandingkan bersama. Tak tahulah kenapa perkara ini terjadi. Nak kata mereka ada masalah sebelum ini, tidak pula.

Lagi pun Shuib dan Remy berada dalam aliran yang berbeza. Jika Shuib seringkali tampil dalam rancangan komedi dan lawak, Remy pula sering mebintangi drama dan filem sehingga mendapat jolokan Hero Malaya.

Disebabkan asyik panas dan sentiasa bertekak di antara satu-sama lain, akhirnya terjadilah insiden pergaduhan di antara mereka sewaktu menjayakan drama bersiri tersebut. Orang yang berada di sekitar kawasan tersebut cemas. Namun begitu, lain pula yang terjadi dengan krew produksi. Mereka seolah-olah menggalakkan lagi Remy dengan Shuib supaya bergaduh.

Rupa-rupanya, pergaduhan tersebut adalah antara adegan yang diselitkan di dalam Episod 1 drama tersebut yang akan bersiaran di Astro Oasis (Saluran 106) dan Maya HD (saluran 135) bermula 15 Jun ini.

Dengar cerita, gandingan mereka sangat hebat. Malah, lawak mereka pun menjadi. Remy Ishak yang selama ini terkenal dengan aksi yang serius pun boleh bikin lawak yang bersahaja.

Nak cerita lebih-lebih pun, nanti anda semua fikir kami sengaja nak promosi drama ni. Apa kata anda sendiri menonton drama bersiri Mail Sudin Sambut Ramadan, bermula 15 Jun, setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 7.30 malam hanya di Astro Oasis (Saluran 106) dan Maya HD (saluran 135). Bagi yang tidak berkesempatan, tonton drama bersiri ini menerusi Astro On The Go (AOTG) kerana saluran Astro Oasis disiarkan secara percuma di AOTG sepanjang Ramadan ini.

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Remy Ishak dan Shuib Sepahtu Bergaduh di Lokasi Penggambaran?"

Posting Komentar