Lelaki Tumbuk Pekerja Restoran Kerana Nasi Kandar Yang Dibeli Kena GST


Gara-gara berang dengan pelaksanaan harga beserta Goods and Services Tax (GST) terhadap nasi kandar yang dibelinya, seorang pelanggan telah bertindak menumbuk pekerja restoran dan turut melakukan kerosakan kepada restoran berkenaan.

Kejadian tersebut berlaku semalam di sebuah restoran Jalan Padang Tembak, Air Itam, Pulau Pinang ini berpunca dari ketidakpuasan hati dan rasa kecewa pelanggan yang membeli nasi kandar beserta harga termasuk GST.

Selepas menghamburkan kata-kata kesat di dalam bahasa Tamil kepada pekerja di restoran berkenaan, lelaki tersebut kemudiannya melemparkan sebungkus nasi kandar di atas lantai dan sempat menumbuk muka pekerja restoran tersebut sebelum berlalu pergi.

Bagaimanapun, suspek kemudiannya datang semula ke restoran berkenaan kira-kira 10 minit kemudian dan melakukan kerosakan lain di restoran tersebut dengan menggunakan parang.

Menurut Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Farid Alatrash Wahid berkata, lelaki tersebut telah bertindak di luar kawalan ketika kejadian berlaku.

“Tindakan pantas pihak polis, seorang lelaki berusia 39 tahun telah ditangkap bagi membantu siasatan kes tersebut. Kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah,” kata Mior Farid.

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Lelaki Tumbuk Pekerja Restoran Kerana Nasi Kandar Yang Dibeli Kena GST"

Posting Komentar