Anggota Polis Maki Lelaki Cina Kerana Merakam Video


'Lancau La Lu Mau Rekod'

JOHOR BAHRU - Demikian kata-kata yang terpacul keluar dari mulut seorang anggota beruniform yang menggenakan vest pemantul cahaya Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Kejadian itu dilaporkan berlaku pada awal Jun ini di Johor Bahru di mana seorang anggota PDRM bertelagah dengan seorang lelaki Cina yang bertindak merakam insiden itu.

Berdasarkan video yang tersebar itu, lelaki Cina terbabit mengugut untuk merakam pertelagahan di antara mereka berdua menyebabkan anggota berkenaan berang dan gagal mengawal emosinya sehingga membalas kata-kata yang tidak sepatutnya diucapkan.

Enggan beralah, lelaki itu cuba memprovokasi anggota terbabit menyebabkan berlakunya insiden merampas telefon. 

Walau bagaimanapun, video berdurasi 26 saat itu tidak menjelaskan punca sebenar kejadian dan tidak dapat menentukan siapa yang bersalah dalam hal ini.

Namun, seperti kebiasaannya 'kaki rekod' hanya menyiarkan babak-babak yang panas sahaja menyebabkan timbulnya persepsi negatif terhadap anggota beruniform khususnya polis.

Video Anggota Polis Maki Lelaki Cina Kerana Merakam VideoLAPORAN PENUH : http://bit.ly/1KJo81O

Posted by Berita Malaysia Kini on Thursday, June 11, 2015

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Anggota Polis Maki Lelaki Cina Kerana Merakam Video"

Posting Komentar