SEBARKAN: KEDAI PAKAIAN HARI-HARI KANTOI CUBA 'SKODENG' PELANGGAN


KEMASKINI

Berkenaan posting kami mengenai rakaman CCTV di pusat pakaian Hari-Hari di cawangan Jalan Silang ini. Kami telah diberi respon oleh Kedai Pusat Pakaian Hari-Hari sendiri dan siasatan telah di jalankan oleh mereka. CCTV tersebut adalah menghadap ruangan Cashier dan bukan menghadap ke ruangan fitting room. Walaupun kelihatan CCTV tersebut ialah bulat, tapi lense adalah disasarkan ke tempat Cashier.

Diharapkan penjelasan ini meredakan kemarahan/salah anggapan pengunjung Pusat Pakaian Hari-Hari. Terima kasih kami ucapkan kepada Pusat Pakaian Hari Hari dan sangat menghargai penjelasan yang diberikan.


______________________________________

Seorang pengguna Facebook telah membongkar aktiviti biadap kedai pakaian Hari-Hari yang cukup dikenali oleh rakyat negara ini.

Pengguna Facebook ini membongkarkan aktiviti mereka yang dengan sengaja memasang kamera CCTV dihadapan bilik persalinan.

Walaupun kamera CCTV ini dipasang diluar bilik persalinan, tetapi dapat dilihat melalui pantulan cermin di dalam.

Lokasi kedai pakaian Hari-Hari ini berada berhadapan Mydin  Kotaraya, Jalan Silang, berhadapan restoran makanan segera McDonald's.

Diharapan rakyat Malaysia lebih berhati-hati dimana sahaja sebelum mencuba pakaian demi keselamatan dan MARUAH anda.

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "SEBARKAN: KEDAI PAKAIAN HARI-HARI KANTOI CUBA 'SKODENG' PELANGGAN"

Posting Komentar