"Mahathir Hanya Rakyat Biasa, Tiada Hak Berdebat Dengan Najib"


KUALA LUMPUR - Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz berkata, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, tiada hak untuk meminta berdebat dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana beliau hanyalah rakyat biasa.

Lapor The Star, Najib tidak seharusnya merendahkan dirinya ke tahap Tun Dr Mahathir.

"Saya tidak mahu PM saya turunkan dirinya kerana dia adalah PM tetapi Dr Mahathir hanyalah rakyat biasa. Jadi mengapa PM saya perlu turun ke tahap rakyat biasa? Beliau tidak mempunyai locus standi untuk berdebat dengan Najib. Bagi saya,sudah tentu ia bukan satu idea yang baik,” katanya.

Beliau juga berkata, Najib tidak perlu meletakkan jawatan kerana tidak melakukan apa-apa kesalahan.

“PM yang sedia ada tidak perlu meletakkan jawatannya melainkan jika beliau melakukan suatu kesalahan, meninggal dunia atau sedang disiasat . Najib tidak mengalaminya, dan oleh itu, ia adalah permintaan yang tidak masuk akal, " katanya ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Tun Dr Mahathir yang bersedia berdebat secara terbuka dengan Najib dalam pelbagai isu termasuklah 1MDB.

Kenyataan angkuh dan bodoh dari Ahli Parlimen Padang Rengas ini menimbulkan reaksi netizen yang sangat kurang senang dengan kenyataan bodohnya yang guna menyelar Nazri Aziz 'Melayu Sudah Lupa,'.

"Jadi sudah jelas di sini bahawa rakyat tidak boleh mempertikaikan segala keputusan Najib. Tunggu Pilihan Raya Umum ke 14, kita tengok rakyat biasa ada hak atau tidak," kata Roy Jazvier.

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to ""Mahathir Hanya Rakyat Biasa, Tiada Hak Berdebat Dengan Najib""

Posting Komentar