Atlet Malaysia Menang Pingat Emas, Tetapi Dikritik Teruk Kerana Nampak Lurah Kemaluan


Atlet Gimnastik negara, Farah Ann Abdul Hadi, baru-baru ini berjaya merangkul pingat emas dalam kategori Rutin Lantai di Sukan SEA 2015 Di Singapura.

Dikala orang ramai mengucapkan tahniah dan berbangga dengan pencapaian Farah, kemenangannya itu mula dicemuh oleh netizen apabila gambar Farah berpakaian seksi dan mencolok mata sehingga mereka meminta Jabatan Agama Islam mengeluarkan fatwa mengharamkan wanita menyertai sukan Gimnastik kerana ia mendedahkan aurat.

"Saya mendoakan adik Farah ini menutup aurat satu hari nanti dan bertaubat," - Haku Ibalayuh

"Ceit! Buat malu orang," - Zul Na'im.

Ada juga yang berpendapat, kerana tiada ketegasan Jabatan Agama Islam menyebabkan Malaysia sentiasa ditimpa bala dan bencana. 

Selain itu, ada juga yang mempertikaikan tindakan sesetengah netizen yang terlalu berat sebelah dalam soal menggesa pihak jabatan agama mengambil tindakan.

"Kenapa pertandingan Ratu Cantik dan Gimnastik saja? Kenapa pertandingan bina badan yang melibatkan lelaki Islam terpaksa memakai cawat seraya menunjuk aurat, tidak pula dibangkitkan sekali?," soal mereka.

"Para lelaki yang bajet komen merupakan ahli syurga mengenai gambar ini, tak payah nak tunjuk baik. Jangan bohonglah kata tak pernah tengok video p0rn. Tak perlu bajet suci sangat. Dosa pahala dia bukan kau orang yang tentukan. Tak suka, tak payah tengok, takut berdosa. Uninstall saja Facebook milik Yahudi ini," kata Siti Aisyah yang berang dengan sikap keyboard warrior lelaki.


Bagaimanapun, tuan empunya badan sehingga kini tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai isu yang dibangkitkan oleh netizen.

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Atlet Malaysia Menang Pingat Emas, Tetapi Dikritik Teruk Kerana Nampak Lurah Kemaluan"

Posting Komentar