Rupanya Najib Telah Tugaskan Limk Kok Wing Untuk Jatuhkan Mahathir


1. Seorang sahabat telah menemui saya di pejabat baru-baru ini. Saya telah banyak membantu beliau semasa saya menyandang jawatan sebagai PM bukan dalam bentuk wang ataupun peluang pekerjaan, tetapi dengan memberikan kemudahan dan kelancaran proses birokrasi yang terlibat dalam projek-projek beliau. Kesimpulannya, beliau telah menjadi seorang pendidik yang sangat berjaya dan boleh mengembangkan idea beliau ke luar negara. Saya merasakan bahawa pertolongan yang saya berikan itu penting kerana ada kalanya pihak birokrat boleh menyebabkan sesuatu kerja menjadi lambat atau lebih-lebih lagi menjadi penghalang. Saya memberikan pertolongan ini kepada semua orang dan mereka semuanya sangat berterima kasih dengan pertolongan tersebut terutamanya sahabat yang saya ceritakan tadi.

2. Kadang-kadang beliau akan menemui saya di pejabat untuk membincangkan isu-isu semasa. Beliau risau dengan polisi dan prestasi kerajaan di bawah Najib dan oleh sebab itu beliau meminta saya untuk melakukan sesuatu. 

3. Namun begitu, kali terakhir beliau berjumpa dengan saya, saya merasakan dia telah sedikit sebanyak berubah.

4. Beliau asyik meminta saya supaya tidak "menyerang" PM. Saya menjelaskan kepada beliau kenapa saya berbuat begitu. Tetapi beliau tetap juga menggesa saya untuk menghentikan semua usaha saya untuk mempersoalkan kepimpinan Najib berkenaan skandal kewangan baru-baru ini.

5. Beliau juga memberi amaran kepada saya bahawa jika saya meneruskan juga usaha ini maka saya akan kehilangan legasi saya. Saya memberitahu beliau apa yang orang lain fikir tentang legasi saya, jika ada, tidaklah penting. Apa yang saya risaukan ialah apa yang akan terjadi kepada negara saya. Nama baik dan reputasi negara kita semakin terhakis.

6. Beliau kerap kali mengingatkan saya yang saya akan kehilangan legasi saya itu. Saya sangat mengambil berat tentang kebimbangan beliau. Beliau ialah sahabat saya dan saya merasakan dia sangat mengambil berat tentang diri saya.

7. Kami berpisah atas dasar persahabatan. 

8. Namun begitu, sekarang saya lebih memahami kenapa beliau memberitahu saya yang saya akan kehilangan legasi tersebut. Beliau telah diberikan tugas untuk memburukkan imej saya, memusnahkan apa yang beliau panggil sebagai legasi saya. Saya merasakan beliau dengan orang atasannya percaya bahawa jika saya menjadi semakin tidak popular maka kecaman saya terhadap penipuan yang melibatkan 1MDB akan dipandang remeh.

9. Oleh itu, sekarang kita dapat melihat kempen baharu yang lebih agresif untuk memburukkan imej saya dan untuk menunjukkan betapa banyak PM disokong oleh rakyat dan orang ramai. Jelaslah betapa banyak duit yang telah digunakan untuk kempen ini. Sahabat saya telah diserap kedalam Pejabat Perdana Menteri dan sekarang tengah bekerja keras untuk menutupi keburukan dan kesalahan yang dilakukan dalam 1MDB. Muka surat hadapan dalam kebanyakan media arus perdana masa kini memberikan penjelasan bagaimana dana yang dipinjam telah dibelanjakan.

Jumlah yang terkumpul ialah sebanyak 42 billion Ringgit. Sebelum ini kritikan hanya diabaikan. Kemudian diikuti dengan polisi senyap yang elegan. Sekarang Najib telah dinasihatkan untuk memberikan penerangan untuk menjawab persoalan tersebut. Namun begitu, beliau telah kehilangan peluang untuk menjelaskan perkara tersebut kerana beliau tidak menghadirkan diri dalam forum "Nothing to Hide".

10. Akan tetapi, tiada jawapan yang dapat diberikan mengenai persoalan hilangnya wang yang sepatutnya dibawa balik dari Cayman Islands - enam billion US Dollar. Tiada jawapan yang dapat diberikan mengenai penafian Swiss bank bahawa mereka telah menerima wang daripada 1MDB. Tiada penjelasan tentang keterangan yang diberikan oleh Arul bahawa dia telah melihat wang tersebut secara tunai dan tentang PM memberikan keterangan bahawa sebenarnya wang tunai tersebut tiada.

Wang tunai tersebut telah ditukarkan kepada unit. Apakah unit tersebut? Tiada penjelasan yang dibuat mengenai faedah berjumlah 2 billion yang tidak dapat dibayar sehingga Ananda mendermakan atau meminjamkan 2 billion apa sahaja. Juga tiada penjelasan yang dibuat tentang kenapa 1MDB memerlukan pelaburan sebanyak USD 1 Billion daripada IPIC untuk membayar hutang kepada Deutsche Bank apabila pelaburan sebanyak 42 billion telah dibuat. Adakah pelaburan tersebut tidak mendatangkan sebarang untung? Dan banyak lagi persoalan yang tidak terjawab.

11. Mantan sahabat saya ini perlu melakukan sesuatu yang lebih baik untuk memburukkan imej saya jika beliau ingin mendapatkan tempat dan lain-lain.

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Rupanya Najib Telah Tugaskan Limk Kok Wing Untuk Jatuhkan Mahathir"

Posting Komentar