Penganjur TUDUH Tun Mahathir Adalah Punca Mengapa Dialog Nothing2Hide Dibatalkan


KUALA LUMPUR: Kehadiran tanpa diundang Tun Dr Mahathir Mohamad ke dialog Nothing2Hide mendorong pihak penganjur membatalkan program itu.

Artikel Berkaitan:

Pengerusi Pertubuhan Sukarelawan Peguam Malaysia (SukaGuam), Datuk Khairil Anuar Rahmat mendakwa, kehadiran Tun M mendorong ribuan penyokongnya menyerbu dewan, tempat berlangsungnya dialog itu sehingga menjejaskan keselamatan tetamu lain.

Katanya, seramai 2,500 peserta termasuk 300 wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hadir ke dialog itu sedangkan dewan hanya mampu memuatkan 1,500 orang.

Katanya, disebabkan lambakan kehadiran yang tidak dijangkakan itu, dia telah dinasihatkan pihak polis supaya membatalkan program itu.

“Pagi tadi Dr Mahathir telah bertemu saya, secara terbuka dan mengetahui dia tak diundang. Dia hadir hanya selepas kehadirannya diviralkan di laman sosial,” katanya.
Khairil Anuar berkata, Dr Mahathir hadir disebabkan ingin bertemu peserta dialog dan mahu berucap jika diberi peluang oleh penganjur.

Ketua Pemuda UMNO Kluang itu juga mendakwa, Dr Mahathir telah dibawa naik ke pentas untuk berucap tanpa kebenaran pihaknya.

Mantan Perdana Menteri sempat berucap selama 15 minit sebelum diberhentikan oleh polis yang telah mengambil alih program itu atas faktor keselamatan.

Artikel Berkaitan:

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Penganjur TUDUH Tun Mahathir Adalah Punca Mengapa Dialog Nothing2Hide Dibatalkan"

Posting Komentar