Ini Caranya Polis Thailand Menahan BERATUS Mat Rempit. Serius Brutal


Bukan saja di Malaysia tapi kerajaan Thailand juga mempunyai masalah sosial mat rempit dikalangan orang muda. Ditambah pula Thailand memang dikenali sebagai negara yang mempunyai pelbagai aksesori motorsikal, maka kegiatan modifikasi motor dan lumba haram menjadi jadi.

Awal pagi Ahad lalu, lebih 400 pelumba haram motorsikal ditahan di jalan Ratchaphruek di daerah Thon Buri. Ini merupakan penahanan pelumba haram terbesar di Thailand.

Seramai 437 orang termasuk 66 perempuan ditahan polis dan 272 buah motorsikal disita. Dua daripada suspek diuji positif dadah.

Kami tertarik dengan cara polis menahan pelumba pelumba haram ini yang mana agak brutal. Selepas ditahan mereka dipaksa meniarap di atas jalan raya tanpa berbaju. Apakah mat mat rempit di Malaysia akan ketakutan sekiranya cara brutal ini dilaksanakan di Malaysia?

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Ini Caranya Polis Thailand Menahan BERATUS Mat Rempit. Serius Brutal"

Posting Komentar