Lelaki Bunuh Diri Selepas Terbabit Kemalangan


Kuala Lumpur, 9 Jun: Seorang lelaki bertindak memanjat dan terjun dari perancah projek Mass Rapid Transit Sdn Bhd (MRT Corp) di Jalan Tunku Abdul Halim kira-kira jam 11 pagi tadi.

Menurut laporan, kereta yang dipandu oleh lelaki yang berusi 30-an itu terlibat kemalangan dengan sebuah kenderaan lain sebelum kedua-dua pemandu keluar untuk berbincang.

Menurut keterangan daripada pemandu yang dilanggar oleh mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Ong, mangsa secara tiba-tiba memanjat besi perancah MRT dan melompat dari ketinggian empat tingkat.

"Seorang lelaki melanggar kereta saya dari belakang jadi saya keluar untuk periksa", katanya memetik laporan dari TheStar Online.

Menurut Ong lagi, lelaki terbabit pada mulanya enggan keluar dari keretanya dan cuba untuk lari tetapi enjin keretanya tidak boleh dihidupkan.

"Selepas beberapa ketika, dia berputus asa, keluar dari keretanya dan memberi kad pengenalannya kepada saya dan menyuruh saya membuat tuntutan insuran", kata Ong.

Lelaki tersebut kemudiannya berjalan kearah tapak pembinaan MRT berdekatan dan memanjat perancah sebelum terjun.

"Saya tidak menyangka perkara itu terjadi. Tapi dia kelihatan tertekan", kata Ong lagi.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad, mayat sudah dihantar untuk bedah siasat.

"Mayat kini dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat,"katanya memetik laporan dari myMetro.

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Lelaki Bunuh Diri Selepas Terbabit Kemalangan"

Posting Komentar