Resipi Nasi Goreng Tanpa GST Ahmad Maslan Dikritik Teruk Oleh Orang Ramai


Kuala Lumpur – Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan hari ini tampil berkongsi resepi dan cara memasak makanan tanpa Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Menerusi laman Twitter, Ahmad memuatnaik dua keping foto masakan yang dimasaknya sambil menulis kapsyen beserta resepinya.

“Resepi saya dan digoreng sendiri: sayur, telur, cili, nasi, garam, daging, bawang, ayam, minyak dan gas masak. Tiada GST,” tulisnya.

Bagaimana pun, ilmu yang ingin disampaikan Ahmad dianggap lawak oleh kebanyakkan pengguna Twitter.

Malah ada yang memerli inisiatif Ahmad yang dikatakan ‘YB yang pandai’.

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Resipi Nasi Goreng Tanpa GST Ahmad Maslan Dikritik Teruk Oleh Orang Ramai"

Posting Komentar