Peminat Berang, Hanis Zalikha & Hairul 'JUAL' Kad Undangan Perkahwinan Meraka


Mahu menghadiri majlis perkahwinan pasangan Hairul Azreen & Hanis Zalikha? Nampaknya anda mempunyai peluang jika menyertai pertandingan yang dianjurkan oleh pasangan ini dengan membeli produk kecantikan Toujours Advanced Collagen — mana tahu dapat kad jemputan.

Berita Harian dalam laporan terbaru memanggil amalan ini sebagai janggal dan tidak pernah dibuat oleh mana mana pengantin sebelum ini dan nampak seperti tidak manis lebih lebih lagi budaya masyarakat Malaysia kita hari ini.

Perkara ini sebenarnya mengingatkan kami kepada Golden Ticket yang diberikan oleh Willy Wonka dalam kisah dongeng moden untuk kanak kanak datang melawat ke kilang pembuatan coklatnya.

Tetapi pasangan ini bukan asing dalam isu kontroversi melibatkan persiapan untuk berkahwin dan sebelum ini pun lamaran Hairul Azreen secara terbuka di kaca televisyen turut mengundang kritikan ramai. Mungkin mereka hanya mahu menjadi lain dari yang lain ‘kan?

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Peminat Berang, Hanis Zalikha & Hairul 'JUAL' Kad Undangan Perkahwinan Meraka"

Posting Komentar