Remaja Dipukul Dan Dipaksa Lakukan Oral Sek-s Oleh 3 Pelajar Di Kajang


KAJANG - Malang nasib seorang remaja lelaki dibelasah tiga remaja lelaki sebelum dijadikan sebagai 'alat' pemuas nafsu mereka.

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 4.40 petang, Rabu lalu, mangsa berusia 18 tahun berasal dari Sungai Petani, Kedah, menyertai pertandingan kawad kaki anjuran Penjara Kajang.

Ketika pertandingan sedang berlangsung, mangsa secara tiba-tiba ditarik oleh tiga remaja terbabit ke sebuah tempat yang tidak ramai orang, dibelasah sehingga patah tulang rusuk serta dipaksa melakukan se-ks or-al.

Mangsa yang sudah tidak mampu hendak melawan terpaksa menuruti kehendak suspek. Malah, salah seorang dari suspek cuba meli-wat mangsa.

Selepas kejadian itu, mangsa melaporkan perkara itu kepada warden penjara dan satu laporan polis dibuat berhubung dengan kejadian itu.

Mangsa dibawa ke Hospital Kajang bagi menjalani pemeriksaan dan doktor mengesahkan tiada kesan kemasukan objek ke dubur mangsa.

Hasil siasatan polis pula menemui kesan air man-i suspek di lokasi kejadian.

Ketiga-tiga remaja lelaki yang berasal dari Melaka itu kemudian ditahan dan diarah melakukan kawad cam.

Semua suspek berusia antara 17 - 19 tahun dan kes disiasat mengikut Seksyen 377 (B) kerana meliwat. 

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Remaja Dipukul Dan Dipaksa Lakukan Oral Sek-s Oleh 3 Pelajar Di Kajang"

Posting Komentar