Pelik Tapi Benar, Burung Merpati Ini Dipenjara


Pathankot (India): Seekor burung merpati ditahan di penjara India kerana disyaki ‘pengintip’ selepas ia mendarat di Kampung Manwal, 4.2 kilometer dari sempadan Pakistan.

Burung itu ditemui Rabu lalu oleh seorang remaja berusia 14 tahun yang mengesyaki sesuatu yang tidak kena pada haiwan berkenaan apabila melihat mesej dalam bahasa Urdu tertera pada ekornya berbunyi ‘Tehsil Skhakargarh, daerah Narowal,’ di samping beberapa nombor.

Daerah itu terletak di wilayah Punjab, Pakistan.

Remaja itu membawa burung berkenaan ke balai polis terdekat dan pegawai bersetuju burung itu mungkin mengintip dan siasatan lanjut akan dijalankan.

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Pelik Tapi Benar, Burung Merpati Ini Dipenjara"

Posting Komentar