[VIDEO] Lelaki India Di Lempang Kerana Memasuki Koc Keretapi Wanita


Kuala Lumpur – Sekumpulan wanita di India mengamuk apabila koc keretapi yang diperuntukkan kepada mereka diceroboh kaum lelaki.

Dalam rakaman yang berdurasi 1.14 minit, kumpulan wanita itu mengamuk dengan memukul, melempang dan menampar penumpang lelaki yang dikatakan ‘menceroboh’.

Paling memeranjatkan, ada di antara penumpang lelaki yang dipaksa melakukan ketuk ketampi sebagai hukuman atas perbuatan mereka.

Menurut status yang dimuat naik di Facebook setiap koc pertama tren metro di Delhi diperuntukkan kepada kaum hawa.

Bagaimanapun ketika waktu puncak, ekoran jumlah penumpang yang terlalu ramai, ada dikalangan penumpang lelaki yang dikatakan ‘senagaja’ masuk ke dalam koc berkenaan.

Dalam salah satu komen yang dimuat naik, seorang lelaki mengutuk terhadap apa yang dilakukan ke atas kaum sejenisnya.

“Ini amat bodoh….saya pernah guna Delhi Metro. Kadang-kadang ia amat padat sehingga memaksa anda memasuki ruang untuk wanita, tambahan mereka mungkin bukan dari Delhi dan tidak tahu peraturan di Delhi Metro.

“Delhi adalah bandaraya yang bangang, terutama wanita. Mereka telah diberikan banyak keutamaan yang mereka salah guna”, kata Swaraj Pal Singh Sandhu.

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "[VIDEO] Lelaki India Di Lempang Kerana Memasuki Koc Keretapi Wanita"

Posting Komentar