Aplikasi Dubsmash Didakwa Haram Oleh Ustaz Facebook


Kuala Lumpur – Gejala mimik menggunakan aplikasi Dubsmash yang semakin digilai di media sosial didakwa haram sekiranya dilakukan bagi tujuan untuk mentertawakan orang lain.

Komen berkenaan dibuat seorang pengguna yang dikenali sebagai Ustaz Fashan di laman Facebook ‘Malaysian Footbal Team’.

Dalam kenyataannya, Fashan menjelaskan gejala Dubsmash itu bertambah haram sekiranya perbuatan itu dilakukan dalam bentuk sindiran dan disertai muzik serta nyayian.

Menurutnya Dubsmash dalam istilah bahasa Arab dikenali Al-Muhaaka bermaksud meniru-niru gerakan atau suara orang lain kebiasaannya bertujuan untuk mengejek, menghina dan merendah-rendahkan orang lain.

Dubsmash adalah aplikasi ‘lip syncing’ yang membolehkan pengguna telefon pintar memilih petikan lagu ataupun petikan rakaman audio terkenal dari filem, rancangan TV dan lain-lain dalam berbagai bahasa untuk rakaman video sendiri.

Klip itu kemudian boleh dikongsi melalui WhatsApp, Facebook, dan Instagram. Nak jadi Mariah Carey? Taylor Swift ataupun Minion? Aplikasi ini boleh menjadikannya kenyataan!

Walaupun aplikasi ini boleh menyebabkan ketagihan, ada sesetengah berpandangan aplikasi ini cukup baik untuk meredakan tekanan.

Namun para ulama sebelum ini menjatuhkan hukum perbuatan itu sebagai haram lagi tercela.

“Imam An-Nawawi Rahimahullah mengkategorikan perbuatan Al-Muhaakah ini termasuk dalam perbuatan ghibah(mengumpat) yang diharamkan.

“Ia juga termasuk perkara sia-sia, tambahan jika ia dilakukan bertujuan membuat orang ramai ketawa ia termasuk dalam kategori ‘dusta’ yang dilarang dan didoakan kecelakaan bagi pelakunya,” katanya.

Sejak kebelakangan ini, aplikasi Dubsmash menjadi kegilaan netizen sehingga akaun Facebook dan Instagram kita dibanjiri dengan video ini.

Bukan satu, dua tetapi beribu – ribu pengguna telefon pintar dari seluruh dunia menggunakan aplikasi Dubsmash ini.

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Aplikasi Dubsmash Didakwa Haram Oleh Ustaz Facebook"

Posting Komentar