Suami Tembak Isteri Kerana Tidak Sanggup Melihatnya Menderita Kesakitan


Rasa sakit yang tak tertahan membuatnya meminta suami tercinta melakukan sesuatu dan tidak sanggup melihat penderitaan isterinya yang menghidap kanser payudara. Lelaki ini nekad meraih pistol dan mengarahkan ke dada si isteri, lalu menarik picunya.

Lelaki bernama Ernest Chris Chumbley ini ditangkap polis kerana tuduhan melakukan pembunuhan terhadap wanita yang telah dinikahinya selama 20 tahun. Selesai menamatkan penderitaan si isteri, lelaki berasal dari London ini menelefon polis, meminta untuk ditangkap.

“Hello. Saya baru saja menembak isteri saya, saya ingin ditangkap,” katanya kepada operator telefon seperti yang dinyatakan Medical Daily.

Di balik penjara Laurel County, Kentucky, AS, lelaki berumur 48 tahun ini mengatakan bahawa tindakan yang dilakukannya pada hari Rabu (28/8/2013) lalu bukanlah pembunuhan. Dia semata-mata memenuhi keinginan si isteri untuk menghentikan rasa sakit akibat kanser payudara.

“Dia mengatakan dia ingin saya mengakhiri rasa sakitnya. Saya berkata, ‘Jay, yang saya punya adalah apa yang diberikan doktor kepadamu’. Dia berkata ‘tidak, saya ingin kau menghentikan rasa sakit ini untuk selamanya’,” kata Chumbley.

Menurut jiran Chumbley dan isterinya yang bernama Virginia dilihat saling mencintai dan harmonis selama bertahun-tahun. Mereka juga mengakui bahawa penyakit kanser yang dideritai tubuh Virginia membuat wanita tersebut amat kesakitan.

“Dia benar-benar amat kesakitan. Kita boleh mendengar di malam hari sepertinya dia susah untuk bernafas,” kata jiran terdekat, Stanley Campbell.

Walau berkeras mengaku tidak bersalah atas tuduhan pembunuhan, Mahkamah Negeri Laurel County tetap menjatuhkan Chumbley dengan hukuman penjara dengan jaminan US $ 200,000 tunai.

“Saya hanya melakukan apa yang dia minta. Dan saya tidak akan meminta perkara yang berbeza darinya jika saya yang bertanya kepadanya,” kata Chumbley.

Gilbert Acciardo, pegawai polis dari Laurel County mengaku tengah menyiasat kes ini. Pihaknya juga telah menemubual beberapa saksi. Namun dia mengiyakan bahawa pegawai tidak mengalami kesulitan ketika menangkap Chumbley selepas menembak isterinya.

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Suami Tembak Isteri Kerana Tidak Sanggup Melihatnya Menderita Kesakitan"

Posting Komentar