Kepala Diketuk Tukul Besi Berkali-Kali Kerana Tidak Patuh Lampu Isyarat


Qindao (China): Seorang sukarelawan yang diupah oleh polis bagi mengawal lalu lintas di bandar wilayah Shandong bertindak menyerang seorang wanita yang tidak mematuhi lampu isyarat dengan tukul besi.

Menurut laporan, mangsa diketuk dengan tukul itu setelah berlaku pergaduhan selepas sukarelawan itu menegur wanita berkenaan kerana cuba melintas jalan ketika persimpangan jalan sedang sibuk dan lampu isyarat masih lagi merah.

Ketika pergaduhan itu, sukarelawan terbabit mengeluarkan tukul dan mengetuk kepala mangsa berulang-ulang kali sehingga mangsa rebah.

Sukarelawan berkenaan kemudian mengeluarkan tukul besi dan mengetuk kepala mangsaberulang-ulang kali.

Walaupun melakukan jenayah, wanita itu tidak melarikan diri tetapi menjerit beberapa kali kepada orang sekitar "Saya tidak akan benarkan sesiapa pun melanggar lampu merah".

Memetik satu laporan dari akhbar tempatan China, mangsa telah dibawa ke hospital dan doktor mengesahkan kecederaannya tidak membahayakan nyawanya.

Sukarelawan yang memukul mangsa mula ditahan oleh pihak polis untuk soal siasat.

Di China, melanggar peraturan lalu lintas adalah satu masalah besar. Sebelum ini, pelbagai cara dilakukan termasuklah dengan memalukan pesalah di hadapan orang ramai. Walau bagaimanapun, insiden memukul dengan tukul besi ini dianggap melampau orang orang ramai.

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Kepala Diketuk Tukul Besi Berkali-Kali Kerana Tidak Patuh Lampu Isyarat"

Posting Komentar