ALOR SETAR: Seorang remaja lelaki, Mohd Nur Hadi Hamdan, 18, maut selepas cedera parah akibat terjatuh dari tingkat enam sebuah pusat beli-belah di tengah bandar raya ini.
Mangsa yang juga pelajar Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) disahkan meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini, malam tadi, selepas dirawat akibat kecederaan parah yang dialami.
Al-Fatihah: Remaja Lelaki Maut Jatuh Dari Tingkat 6 Di KedahBERITA PENUH >>> http://bit.ly/1F3s9h3
Posted by Berita Malaysia Kini on Tuesday, 5 May 2015
Berdasarkan maklumat, dalam kejadian kira-kira jam 6 petang kelmarin (Ahad), mangsa dikatakan bersiar-siar di kawasan tempat letak kereta di tingkat enam pusat beli-belah itu bersama dua ahli keluarganya, sebelum tiba-tiba terjatuh.
Mangsa yang parah dikejarkan ke HSB untuk rawatan, namun disahkan meninggal dunia malam tadi. Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Md Jan, yang mengesahkan kejadian berkata, hasil laporan bedah siasat mangsa disahkan meninggal dunia berikutan kecederaan di beberapa bahagian termasuk kepala.
0 Response to "[VIDEO] Remaja 18 Tahun Maut Jatuh Dari Tingkat 6 Di Kedah"
Posting Komentar