Viral dilaman sosial hari ini menunjukkan seorang penumpang wanita yang dikatakan telah mengamuk selepas ditarik dan dihalang menaiki pesawat.
Kejadian yang dikatakan berlaku di KLIA2 itu memaparkan kejadian berlaku di ruang "aero bridge" kelihatan seorang penumpang wanita meronta-ronta meminta dilepaskan oleh kakitangan AirAsia.
Wanita itu yang tidak dapat dipastikan kewarganegaraan telah mempersoalkan kakitangan terbabit mahu membawanya keluar dari ruang itu.
Bagaimanpun polis bantuan Air Asia menjelaskan dia mempunyai kuasa untuk berbuat demikian.
Jawapan itu membuatkan wanita berkenaan enggan berganjak dan melawan dengan menarik tangannya dan juga dilihat menendang polis bantuan berkenaan.
"Saya akan saman awak! Okay?!" kata wanita berkenaan.
Takkan pihak keselamatan saja-saja menghalang wanita berkenaan. Dari pandangan video berkenaan juga menunjukkan pintu kapal terbang telah ditutup. Mungkin dia terlambat datang.
Salah seorang pengguna Facebook, Lingeswaran Rathinam dalam ruangan komen memberitahu polisi setiap syarikat penerbangan telah mensyaratkan setiap penumpang untuk berada di ruang menunggu 40 minit sebelum penerbangan dan berada di dalam pesawat 20 minit sebelum berlepas.
Malah Lingeswaran turut memberitahu, jika pintu pesawat yang sedang bersiap sedia untuk terbang terpaksa dibuka semula, ia akan membabitkan kos yang tinggi kerana turut memberi kesan kepada ketibaan pesawat-pesawat yang lain yang telah dijadualkan lebih awal.
0 Response to "[VIDEO] Punca Sebenar Wanita Mengamuk Dihalang Naik Pesawat AirAsia"
Posting Komentar