AWASI ANAK ANDA ! Budak Hilang Dipaksa Jadi Pengemis Di Kelantan


KELANTAN - Susulan kes kehilangan seorang kanak-kanak lelaki pada 22 Mac lalu di sebuah masjid, mangsa berjaya ditemui semula pada lewat petang semalam.

Kanak-kanak yang berusia 7 tahun itu ditemui sedang meminta sedekah berhampiran KB Mall.

Menurut bapanya, Kamarolzaman Mohamad, 50, anaknya berjaya dikesan setelah seorang individu mengecam wajah mangsa berdasarkan gambar yang tersebar di WhatsApp.

Ketika ditemui, kanak-kanak itu kelihatan resah setelah ditinggalkan oleh seorang lelaki yang mengarahkannya mengemis di KB Mall berkenaan.

"Anak saya dilihat seperti menangis kerana dipaksa meminta sedekah dan meminta supaya di bawa pulang ke rumah.

"Dia dapat merasakan sesuatu yang tidak kena berlaku dan terus menghampiri anak saya dan bertanya kenapa berada di situ. Mujur anak saya dapat mengingati alamat dan meminta supaya dibawa pulang ke rumah saya.

Difahamkan, 2 hari yang lalu mangsa dilaporkan hilang ketika bapanya sedang menunaikan solat Isyak di Masjid Muhammadi. 

Bapa mangsa hanya menyedari kehilangan anaknya ketika mahu pulang dan gagal mencari anaknya itu.

Ibu bapa dinasihatkan berhati-hati dan awasi anak masing-masing agar tidak berlaku perkara yang tidak diingini. 

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "AWASI ANAK ANDA ! Budak Hilang Dipaksa Jadi Pengemis Di Kelantan"

Posting Komentar