Raja Farah dan suaminya dilaporkan bakal bercerai berikutan sudah tiada kesefahaman di antara pasangan itu.
Lapor portal hiburan tempatan, gosip mengenai rumah tangga Raja Farah dengan suaminya, Megat Qhuyum, mula diperkatakan sekitar tahun 2014. Namun dinafikan oleh Raja Farah.
Dalam kenyataan terbaru Raja Farah mengakui sudah memfailkan penceraian di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur, pada 5 Mei yang lalu dan kes itu bakal dibicarakan hari ini.
Jelas Raja Farah, keputusan untuk bercerai merupakan jalan penyelesaian yang terbaik untuk mereka kerana tiada lagi persefahaman di antara mereka. Malah, beliau juga turut mendedahkan kedua-dua mereka tidak duduk sebumbung semenjak dua bulan yang lalu.
"Kami sudah tidak sefahaman. Kes kami akan dibicarakan esok. Sudah lama saya boleh katakan kami tidak dapat hidup bersama. Akhirnya, perpisahan ini yang akan menjadi jalan terbaik. Ikutkan hati memang tak mahu ia berakhir begini.
"Kami sudah hidup bersama cuma belum ada rezeki menimang anak. Susah senang kami lalui selama ini. Tapi suratan yang harus saya terima. Kekuatan mahu atau tidak perlu datang dalam diri. Saya banyak dekatkan diri berdoa semoga dipermudahkan segala-galanya, keluarga juga tak putus memberi sokongan," katanya.
Sama-samalah kita doakan yang terbaik buat pasangan ini.
0 Response to "Raja Farah Failkan Penceraian"
Posting Komentar