Amir Raja Lawak Bengang Ditipu Geng-Geng MLM


Amir Raja Lawak, memuat naik status gambar perbualan WhatsAppnya dengan seorang lelaki yang telah memperdayanya untuk menyertai Multi Level Marketing (MLM).

Berdasarkan perbualan WhatsApp, lelaki itu pada mulanya mengumpan Amir yang kononnya dia mempunyai 'plan' untuk Amir. Bagaimanapun, dia perlu bersemuka dengan Amir.

"I ada plan untuk you. Rezeki ni. Jumpa dulu. Ada artis lain juga ni," katanya.

Apabila ditanya apakah projek yang dimaksudkan itu, dia hanya sekadar menjawab, projek sebagai pengacara.

Melihat tawaran projek yang diberikan itu berkaitan dengan bidang kerjanya, Amir bersetuju untuk bertemu dengan lelaki terbabit.

Malangnya, lelaki itu sebenarnya mengajak Amir menyertai MLM.

"Kata projek jadi host, rupanya jadi leader. Aku ni dari tempat shooting sanggup tak balik mandi tunggu nak jumpa sebab excited nak jadi host. Rupa-rupanya...

"Dengar dia sembang panjang-panjang, aku mengantuk, main telefon. (Pastu) kata aku ni macam tak respect. Padahal dia yang cakap lain pastu lain yang jadi. Siapa yang tak respect siapa sekarang??

"Aku malas nak mengukit je pasal ayat dalam WhatsApp tu," katanya yang ternyata berang dengan lelaki MLM itu.

Sudah kerap kali kita mendengar taktik yang sama digunakan oleh tegarian MLM untuk memperdaya mangsa baru mereka. Namun, masih ada juga termakan umpan mereka.

Selepas ini, adalah wajib bagi mana-mana lelaki atau wanita menolak ajakan kenalan mereka yang mengajak untuk keluar minum bersembang tanpa sebarang tujuan. Bimbang terpaksa mendengar tegarian MLM ini berceramah berjam-jam lamanya.

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Amir Raja Lawak Bengang Ditipu Geng-Geng MLM"

Posting Komentar